<samp id="2a7t6"></samp>

  • <menu id="2a7t6"><object id="2a7t6"><optgroup id="2a7t6"></optgroup></object></menu>
    <span id="2a7t6"></span>
    1. <span id="2a7t6"></span>

      1. “Kapasiti Industri Berlebihan” Alasan bagi Perlindungan Perdagangan

        (CRI)Khamis 25 April 2024

        China membantah keras dakwaan yang diuar-uarkan sejumlah negara Barat mutakhir ini yang menyebut terwujud "kapasiti industri yang berlebihan" di China, dan menyifatkannya sama sekali tidak masuk akal.

        Negara-negara Barat melabelkan China mempunyai “kapasiti industri yang berlebihan” dalam bidang sumber tenaga boleh diperbaharui sebenarnya adalah sejenis amalan perlindungan perdagangan.

        Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai satu kenyataan bersama yang dikeluarkan sidang menteri luar Kumpulan 7 (G7) yang menyebut wujudnya "kapasiti industri berlebihan" di China berpunca dari pelaksanaan dasar dan tindakan yang tidak ditentukan pasaran.

        Menurut analisis Agensi Bloomberg, hampir semua syarikat pengeksport kenderaan elektrik bateri (BEV) yang besar di China berada pada paras yang dijadikan kelaziman antarabangsa berhubung kadar penggunaan kapasiti, manakala kadar eksport dalam pengeluaran BEV jauh lebih rendah berbanding negara-negara pengeksport kenderaan utama termasuk Jerman, Jepun dan Korea Selatan. Harga BEV yang dieksport China bertepatan dengan hukum pasaran dan sama sekali tidak wujud masalah lambakan. Apa yang disebut “kapasiti industri yang berlebihan” di China hanyalah satu alasan bagi amalan perlindungan perdagangan. Sekatan terhadap pengeksportan produk China yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui termasuk BEV hanya akan mengakibatkan “sama rugi”.

        Apa yang diperlukan dunia, bukan pengurangan pengeluaran di China, sebaliknya lebih banyak dana dan produk untuk mempercepat transformasi dalam penggunaan sumber tenaga dan membasmi kemiskinan.

        Video

        Berita Berkaitan

        97人人模人人爽人人喊|亚洲女初尝黑人巨|国产精品多p对白交换绿帽|天天爽夜夜爽精品视|台湾佬亚洲中文娱乐222u
        <samp id="2a7t6"></samp>

      2. <menu id="2a7t6"><object id="2a7t6"><optgroup id="2a7t6"></optgroup></object></menu>
        <span id="2a7t6"></span>
        1. <span id="2a7t6"></span>